Monday, May 12, 2008

Temuramah Bersama Katulistiwa, Mei 2008


Katulistiwa adalah sebuah kumpulan muzik duo di Singapura yang berentak zaman kebebasan baru atau 'new age'. Ia menggunakan alat primitive yang bernama didgeridoo bersama dengan teknologi masakini untuk menghasilkan bunyi-bunyian dari irama yang mengelilingi suasana (ambient breakbeats) hingga ke 'tribal drum & bass'. Kesimpulannya, ia mengemukakan satu tenaga yang asli yang dimana mencerminkan sebuah budaya alternatif Australia.

Katulistiwa telah ditubuhkan oleh Ferdows atau Firdaus Haji pada awal tahun 2006 dan telah melalui berbagai perubahan konsep yang inovatif bersama beberapa ahli muzik yang berpegalaman.

Firdaus Haji aka Ferdows, 32 tahun

Berapa lamakah telah anda bermain alat didgeridoo?
Saya telah bermain alat didgeridoo selama 7 tahun. Selain itu saya adalah juga seseorang multi-intrumentalist.

Adakah anda diajar oleh orang asli Australia?
Tidak. Saya mempelajarinya sendiri dan saya tidak pernah menuntut mempelajari irama-irama tradisional. Saya hanya cuma menjelajah ke Australia untuk mendapatkan pengalaman dan saya lebih banyak membuka pendengaran saya kepada artiste-artiste hebat didgeridoo yang lain. Saya sedar bahawa didgeridoo adalah sebuah alat yang kudus bagi orang asli dari Australia dan saya rasa saya harus memberi penghormatan kepada mereka dengan tidak menyalahguna dan megubahsuai lagu-lagu mereka dengan sesuka hati.

Apakah perbezaan alat ini dengan alat-alat muzik tiupan yang lain?
Didgeridoo adalah alat instrumen yang primitif dan unik. Alat ini adalah alat instrumen yang tertua dalam usianya sekurang-kurang 100,000 tahun. Ia adalah satu-satunya alat muzikal tiupan yang memerlukan teknik yang dipanggil 'Circular breathing' atau pusingan nafas. Dengan ini anda berjaya bermain didgeridoo tanpa berhenti. Kenny G seorang saxophone soloist yang terkenal menggunakan teknik tersebut.

Adakah muzik didgeridoo ini popular di Singapura dan berapa ramai yang mengetahuinya?
Muzik didgeridoo adalah muzik yang masih asing disini, bukan kerana ia tidak mendapat sambutan tetapi kerana ia kurang diketengahkan. Pada pengalaman saya di Singapura, muzik didgeridoo sehingga kini tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai yang melihatnya.

Apakah pengaruh kamu?
Saya mempunyai banyak pengaruh. Dari segi genre adalah muzik dance, trance, reggae, drum and bass, new age, rock and pop. Saya rasa saya adalah seseorang yang pelik kerana jarak perbezaan pengaruh muzik saya adalah amat jauh. Selain itu saya memang suka kepada alat-alat muzik instrumen yang boleh menghasilkan bunyi-bunyian yang unik dan pelik. Katulistiwa adalah sebuah kumpulan yang mempunyai beberapa persamaan seperti Emdee, Wild Marmalade, Ganga Giri dan Olive Tree Dance yang berasal dari Australia.

Apakah band-band lain yang pernah anda bersama?
Saya pernah menubuhkan kumpulan heavy metal bernama Deviant pada tahun 1996. Pada tahun 1999, saya telah meninggalkan kumpulan tersebut untuk bersama kumpulan Urbankarma yang bercorak ethnic-rock/metal hingga ke tahun 2006. Selain itu saya gemar menyertai pertandingan band dan telah menubuhkan 'new metal' band bernama Spit Ash.

Anda ada sedang menghasilkan atau mempunyai apa-apa projek muzik?
Bagi Katulistiwa, saya belum ada apa-apa perancangan untuk membuat rekod dan hingga kini saya masih lagi membuat ujikaji dan berexperimen dengan pelbagai bunyi-bunyian yang baru. Selain itu saya mempunyai niat untuk mencipta dan merekodkan album solo saya yang agak berbeza dari Katulistiwa. Ia merupakan sebuah album soft-rock bersama vocal tetapi masih lagi mengetengahkan bunyian alat didgeridoo.

Mengapakah anda menubuhkan Katulistiwa dimana alunan genre muziknya agak berlainan dengan apa yang anda pernah berkecimpung dalam arena muzik & apakah pandangan anda tentang perkembangan muzik di Singapura?
Bagi saya, industri muzik tidak wujud di Singapura kerana tidak ramai yang pedulikan dan mengambil berat tentang muzik. Dan ini amat berbeza di negeri seperti Australia, Amerika Syarikat, Jepun, dimana muzik dianggap penting bukan setakat dari aspek hiburan sahaja. Cuba kamu bayangkanlah jika Frank Sinatra adalah warganegara Singapura. Adakah dia akan menjadi penyanyi yang terkenal dan terkaya? Pasti tidak. Penhijrahan M.Nasir ke Malaysia adalah satu gerakan yang bijak. Saya telah hampir berputus-asa untuk bermain muzik dan pada masa itu saya bermain muzik rok. Saya telah membuat penyelidikan bahawa rakyat Singapura hanya gemar kepada sesuatu yang menghairankan mereka dan bagi saya muzik rok telah menjadi begitu umum sehingga tiada yang menpedulikannya, lagi-lagi di negeri Singapura yang kecil ini. Jurus kemudian saya berfikir bahawanya jika saya masih ingin berminat untuk berkarya dalam seni muzik, saya harus membuat sesuatu yang lain dan berbeza selain dari berhijrah keluar negeri. Mulai itulah Katulistiwa dilahirkan.

No comments: